Posts

FFA233 B Digital Ink & Paint - Shadow and Light in Photoshop CS3

Image
Interior 1 1) Place gambar kemudian buat satu layer baru di bahagian atas background untuk membuat bayang-bayang (shadow). Buat bayang-bayang di bahagian yang kita imaginasi berdasarkan cahaya utama iaitu lampu. 2) Kemudian, saya menggunakan layer baru di bahagian atas layer bayang-bayang untuk membuat cahaya di kawasan yang saya nak. Kawasan yang ada cahaya ialah di bahagian lampu. Terdapat 3 lampu di dalam gambar ini. 4) Selepas itu, saya mengambil gambar rumput yang telah diberikan dan place ke dalam photoshop. Gambar tersebut saya letakkan di bahagian karpet di dalam bilik dan saya memilih -Set the blending mood of the layer- dengan memilih overlay. Kemudian saya tekan Rasterize Layer untuk memadam bahagian yang berlebihan. 5) Selepas itu, saya menggunakan gambar batu bata untuk melengkapkan bahagian dinding. Gambar yang telah diberikan, place ke dalam photoshop di bahagian layer baru di atas background. Kemudia saya memilih -Set the blending mood o...

FFA231 B Mechanics of Motion - Watak di dalam filem Snow White & The Seven dwarfs

Image
19 - 26 Octobers 2017 Filem yang telah saya tonton pada minggu ini ialah Snow White and The Seven dwarfs (1937). Pensyarah telah memberi tugasan kepada kami untuk menulis analisis watak yang kami mahu  berdasarkan filem yang telah kami tonton pada minggu ini. Filem Snow White and The Seven Dwarfs mengisahkan tentang seorang puteri yang bernama Snow White di jadikan sebagai pembantu rumah oleh seorang permaisuri yang kejam. Pada suatu hari, permaisuri mendapati Snow White mempunyai wajah yang cantik dan membuakan dia marah lalu mengupah seorang pemburu untuk membunuh Snow White. Pemburu itu tidak sanggup membunuh Snow White lalu memberitahu Snow White untuk lari jauh ke dalam hutan dan tidak akan kembali ke negaranya semula. Permaisuri telah mengetahui muslihat pemburu dan membuat racun untuk membunuh Snow White dengan tangannya sendiri. Pada ketika itu, Snow White menemui sebuah rumah kecil dengan bantuan haiwan-haiwan di dalam hutan. Pada malamnya, pemilik rum...

FFA231 B Mechanics of Motion - Sound (Bunyi)

Image
10 October 2017 Pada ketika ini, pensyarah menyuruh kami memikirkan satu haiwan dan terangkan apa yang kamu faham akan haiwan tersebut. Kami perlu menerangkan secara ringkas. Haiwan apa yang saya ingin jadi? Saya telah memilih seekor haiwan yang tinggal di lautan dalam iaitu dalam lingkungan 400 hingga 4,800 meter dari aras laut. Saya ialah seekor octopus dan manusia memanggil saya dengan nama Dumbo Octopus. Dan saya merupakan kehidupan laut yang sangat comel! Saya mempunyai sepasang 'telinga' di atas kepala saya dan apabila saya bergerak, telinga saya seakan-akan mengibas dan ia membuatkan saya seperti sedang terbang di dalam lautan. Ini la rupa seekor Dumbo Octopus. Cara saya berenang di dalam lautan. Saya seekor haiwan lautan yang sangat pemalu dan penakut! Saya akan bersembunyi di sebalik jejari saya jika saya berada di dalam ketakutan. Minimal Word - (Kurangkan Bercakap) Aktiviti seterusnya ialah, pensyarah menyuruh kami untuk...

FFA233 B - Photoshop Exercise

Image
The Exercise Mula-mula saya tidak memahami kegunaan semua tools di dalam photoshop, tetapi setelah di ajar oleh pensyarah dan juga kawan-kawan saya, saya dapat membuat latihan ini. Antara gambar yang saya pilih ialah, kawasan di dalam bilik saya dan kawasan sungai yang saya ambil di kawasan perumahan saya.  Kawasan sungai.  Diri saya. Rumah kolej saya.  Mula-mula, saya memadamkan bahagian belakang saya iaitu background. Menggunakan tools Polygonal Lasso Tool. Selesai memadamkan semua background. Kemudian, saya memilih gambar pemandangan yang saya ambil di kawasan sungai di rumah saya, dan saya place ke dalam photoshop. Gambar ini saya letak di bahagian layer paling atas iaitu di bahagian atas background. Di dalam ni saya letak 2 gambar pemandangan. Selepas itu, saya tekan bahagian layer diri saya yang dah siap di crop. Kemudian saya tekan bahagian gambar untuk masukkan gambar tersebut di dalam diri saya. ...

FFA233 B - Trace the picture in Adobe Illustrator

Image
The Assignment Gambar yang pensyarah pilih ialah gambar Song of the Sea dan El-Tigre.  Kemudian, pensyarah menyuruh saya memilih antara dua gambar dan saya memilih gambar daripada song of the sea. Software yang telah saya guna untuk assignment ini ialah Adobe Illustrator.  Gambar yang telah dipilih. (Song of the sea) Gambar El-Tigre Proses Assignment Mula-mula, saya menggunakan pen tool untuk meniru semula garisan yang terdapat pada gambar. Saya menggunaka layer yang baru untuk membuatnya. Warna yang terdapat pada garisan, saya meniru semula dengan warna asal. (Kawasan langsir) (Saya meneruskan membuat lineart di setiap kawasan.) (Seterusnya, dengan menggunakan layer baru, saya menerap bahagian budak perempuan supaya layer itu tidak bersambung dengan layer yang lain.) (Bahagian budak perempuan yang telah siap di tiru)   Siap membuat lineart. Proses mewarna lukisan yang telah siap lineart. (...