FFA231 B Mechanics of Motion - Sound (Bunyi)
10 October 2017
Pada ketika ini, pensyarah menyuruh kami memikirkan satu haiwan dan terangkan apa yang kamu faham akan haiwan tersebut. Kami perlu menerangkan secara ringkas.
Pada ketika ini, pensyarah menyuruh kami memikirkan satu haiwan dan terangkan apa yang kamu faham akan haiwan tersebut. Kami perlu menerangkan secara ringkas.
Haiwan apa yang saya ingin jadi?
Saya telah memilih seekor haiwan yang tinggal di lautan dalam iaitu dalam lingkungan 400 hingga 4,800 meter dari aras laut. Saya ialah seekor octopus dan manusia memanggil saya dengan nama Dumbo Octopus. Dan saya merupakan kehidupan laut yang sangat comel! Saya mempunyai sepasang 'telinga' di atas kepala saya dan apabila saya bergerak, telinga saya seakan-akan mengibas dan ia membuatkan saya seperti sedang terbang di dalam lautan.
Ini la rupa seekor Dumbo Octopus.
Cara saya berenang di dalam lautan.
Saya seekor haiwan lautan yang sangat pemalu dan penakut! Saya akan bersembunyi di sebalik jejari saya jika saya berada di dalam ketakutan.
Minimal Word - (Kurangkan Bercakap)
Aktiviti seterusnya ialah, pensyarah menyuruh kami untuk memilih pasangan masing-masing untuk melakonkan satu situasi di mana kami tidak boleh bercakap terlalu kerap. Saya memilih Fazlin sebagai pasangan saya. Kami telah berbincang untuk membuat satu situasi iaitu 2 orang yang tidak dikenali bertembung dan menjadi kawan ketika memancing ikan.
Mula-mula Fazlin keluar ke sungai dan dia terlupa membawa umpannya, pada ketika itu saya sebagai orang yang tidak dikenali datang ke tempat yang sama dan saya sedar Fazlin tidak membawa umpan. Saya kemudiannya memberikan cacing saya kepadanya dan kami pun memancing bersama. Dalam masa itu, perut saya sakit kerana saya belum makan lagi, Fazlin memberikan saya sekeping roti untuk mengalas perut saya.

Selepas itu, saya dapati joran saya ditarik dan saya terus menjerit sambil memusingkan pancing saya. Fazlin tanpa membuang masa menolong saya dengan menarik badan saya. Seekor ikan yang besar telah berjaya saya pancing!
Soundscapes with place atmosphere - (Bunyi-bunyi untuk keadaan sekitar)
Untuk aktiviti terakhir pada hari ini, pensyarah membahagikan kumpulan kepada 2. Saya berada di dalam kumpulan Haikal, Hilmi, Aiman, Izzat, Humaira, Kirin, Kinah, Fazlin dan juga Aileen. Kami diberi tugasan untuk membuat satu suasana bersama dengan lakonan dan juga bunyi-bunyian.
Dalam kumpulan kami, kami telah berbincang untuk membuat satu suasana di dalam kereta api pada zaman pertengahan. Pada kejadian ini, kereta api sedang berjalan seperti biasa dengan penumpang melakukan kerja mereka masing-masing. Tiba-tiba satu rompakan terjadi dan terjadi suasana panik di dalam kereta api tersebut. Kemudian, 2 orang polis yang menyamar telah bangun dan berlawan dengan perompak terbabit. Seorang polis meredakan keadaan dan membawa penumpang ke tempat yang selamat. Perompak berjaya di berkas! Saya sangat suka akan lakonan kami sebagai satu kumpulan.
Nama: Fadlin Sakina Bt Abdul
No.matrik: 2016679294
Nama pensyarah: En. Ezwan
No.matrik: 2016679294
Nama pensyarah: En. Ezwan
Comments
Post a Comment