FFA231 B Mechanics of Motion - Watak di dalam filem Snow White & The Seven dwarfs
19 - 26 Octobers 2017
Filem yang telah saya tonton pada minggu ini ialah Snow White and The Seven dwarfs (1937).
Pensyarah telah memberi tugasan kepada kami untuk menulis analisis watak yang kami mahu berdasarkan filem yang telah kami tonton pada minggu ini.
Filem Snow White and The Seven Dwarfs mengisahkan tentang seorang puteri yang bernama Snow White di jadikan sebagai pembantu rumah oleh seorang permaisuri yang kejam. Pada suatu hari, permaisuri mendapati Snow White mempunyai wajah yang cantik dan membuakan dia marah lalu mengupah seorang pemburu untuk membunuh Snow White. Pemburu itu tidak sanggup membunuh Snow White lalu memberitahu Snow White untuk lari jauh ke dalam hutan dan tidak akan kembali ke negaranya semula. Permaisuri telah mengetahui muslihat pemburu dan membuat racun untuk membunuh Snow White dengan tangannya sendiri. Pada ketika itu, Snow White menemui sebuah rumah kecil dengan bantuan haiwan-haiwan di dalam hutan. Pada malamnya, pemilik rumah iaitu 7 orang kerdil memdapati rumah mereka mempunyai seorang puteri cantik dan membenarkan Snow White tinggal bersama dengan mereka. Keesokkan harinya, si kerdil meninggalkan rumah dan Snow White seorang diri, permaisuri yang kejam itu telah menukarkan dirinya kepada orang tua dan pergi ke rumah si kerdil. Permasuri memberikan epal beracun kepada Snow White dan Snow White telah tidur untuk selama-lamanya. 7 orang kerdil telah mendapati permaisuri mati akibat perbuatannya sendiri. Mereka telah membuat keranda kaca untuk Snow White. Kemudia, seorang putera datang dan menyembuhkan Snow White. Snow White hidup bahagia bersama putera yang dia cintai.
1) Siapakah watak yang anda pilih dalam filem animasi ini?
Watak yang saya pilih ialah Permaisuri kejam.
The Evil Queen.
2) Apakah sifatnya?
Permaisuri ialah seorang yang kejam dan tidak berhati perut kepada anak tirinya sendiri. Permaisuri juga seorang pemerintah yang kejam dan tidak adil. Dia juga seorang yang pentingkan diri sendiri. Permaisuri juga seorang yang mementingkan kecantikan dan benci kepada sesiapa yang lebih cantik daripadanya.

3) Apakah peranannya dalam cerita ini?
Peranan permasuri di dalam cerita ini ialah, menjadi permaisuri yang kejam kepada rakyatnya.
4) Apakah matlamatnya?
Permaisuri mempunyai satu matlamat besar iaitu membunuh anak tirinya sendiri kerana Snow White lebih cantik daripadanya. Permaisuri telah membuat satu racun yang menggunakan sebijik epal untuk membunuh Snow White iaitu The Sleeping Death. Dia juga telah mengubah muka dan badannya menjadi seorang perempuan tua untuk mengumpan Snow White.

5) Apakah yang dia paling takut?
Permaisuri takut apabila dia dapat tahu orang-orang kerdil sudah balik dan mengejarnya kerana mereka tahu Permaisuri ingin melakukan perkara buruk kepada Snow White.
6) Apakah sifatnya yang berlebihan?
Permaisuri seorang yang inginkan kecantikan abadi dan benci kepada sesiapa yang lebih cantik daripadanya. Permaisuri akan menggunakan cermin ajaib untuk bertanyakan siapa yang paling cantik setiap hari.
7) Apakah hubungannya dengan watak lain?
Permaisuri ialah ibu tiri kepada Snow White.
Nama: Fadlin Sakina bt Abdul
No.Matrik: 2016679294
No.Matrik: 2016679294
Pensyarah: En. Ezwan
Comments
Post a Comment