FFA231 B- FINAL Mechanics of Motion
Final Video Mechanics of Motion
Hassan & Gaga
By:
Fadlin Sakina Bt. Abdul
Nur Fazlin Bt. Kamarul Azni
Hannah Nursabrina Bt. Hasim
Fadlin Sakina Bt. Abdul
Nur Fazlin Bt. Kamarul Azni
Hannah Nursabrina Bt. Hasim
Untuk final ini, Saya, Fazlin dan Hannah bersatu untuk menjayakan video berdurasi 2 minit 57 saat yang mengisahkan tentang Hansel dan Gretel versi melayu. Kami menukarkan nama watak dan jalan cerita supaya bersesuaian dengan video pendek ini.
Cerita ini mengisahkan dua orang budak yang bernama Hassan dan Gaga yang menjadi mangsa tinggalan oleh ibu mereka yang kejam kerana bekal makanan yang tidak mencukupi untuk menyara mereka sekeluarga. Lalu si ibu meninggalkan Hassan dan Gaga di dalam sebuah hutan tanpa sebarang makanan.
Hassan dan Gaga tetap menunggu Ibu mereka sehingga mereka bosan dan pergi mencari jalan keluar. Hassan yang kelaparan itu menemui sebuah rumah di dalam hutan tersebut. Hassan mengajak Gaga untuk pergi berteduh di dalam rumah itu kerana hari sudah hujan namun di tolak oleh Gaga. Hassan yang degil itu masuk ke dalam rumah dan menjumpai sejumlah makanan di atas meja. Tanpa membuang masa, Hassan terus mengambil makanan itu walaupun Gaga sudah menghalangnya untuk mengambil makanan yang bukan kepuyaan mereka.
Tiba-tiba, Hassan dan Gaga terdengar seseorang sedang batuk dan menuju ke arah mereka. Mereka terlihat seorang nenek berjalan perlahan ke arah mereka. Nenek yang kebingungan itu bertanya kepada Hassan dan Gaga apa tujuan mereka datang ke rumah nenek itu. Gaga berterus terang kepada nenek bahawa mereka ditinggalkan oleh ibu mereka di dalam hutan dan mereka terjumpa rumah ini. Nenek faham akan masalah mereka dan memberikan makanannya kepada mereka. Hassan mengambilnya dan juga mengambil tongkat milik nenek. Nenek terus terjatuh dan ditinggalkan begitu sahaja.
The Final Video
Pengenalan Cerita
Pengenalan Cerita
Cerita
The Characters
Nenek Kebayan
Gaga dan Hassan
Gaga, Si Ibu dan Hassan
Comments
Post a Comment