FFA231 B - Mechanics of Motion
Second exercise in class.
The Journal_ 3/10/2017_
~Mula-mula, lecturer menyuruh kami memilih pasangan untuk aktivi pada hari ini. Saya telah memilih El sebagai pasangan saya.
~Aktivi hari ini, kami perlu bertanyakan kepada pasangan masing-masing tentang kisah hidup dirinya. (Intro your partner_Trust your friend)
~Saya perlu berceritakan semula tentang diri El di hadapan rakan-rakan, El tinggal di Negeri Sembilan, semasa tingkatan 5, El minat subjek sains dan memohon permohonan UPU dengan memilih kos Mikrobiologi sebagai pilihannya. Tetapi ibunya faham sangat akan anaknya yang sorang ni,bahawa dia tidak akan dapat pergi dengan lebih jauh dalam bidang tersebut sebab El lebih berminat melukis berbanding bidang sains. Jadi ibunya menyuruh mengambil kos lain yang berkaitan dengan art! El memilih bidang Animasi di UiTM Puncak Alam.
~Aktiviti seterusya ialah, kami perlu melakonkan dua situasi berdasarkan tentang apa yang telah kami bincangkan. Situasi pertama, saya menjadi jurual dan El menjadi seorang pelanggan. El datang ke kedai saya untuk bertanyakan tentang sejenis makanan yang biasa orang Terengganu makan iaitu Budu. Saya memberitahu El bahawa Budu cap ketereh yang paling sedap. El kemudian membalas dia mempunyai seorang kawan bernama Lin yang suka makan budu. Sitiuasi kedua, El menjadi seorang anak dan saya menjadi ibu. Pada ketika itu, El sedang mengisi permohonan UPU di dalam laptopnya, ibu datang masuk kedalam bilik dan El memberikan surat permohonan UPU kepadanya. Ibunya mendapati El mengisi dalam bidang sains iaitu kos Mikrobiologi di UiTM. Ibunya terus marah dan menyuruhnya menukarkan semula ke bidang seni kerana El lebih berminat seni melukis berbanding bidang sains. (Intro partner with action_Trust yourself)
~ Aktiviti terakhir pada hari ini ialah, lecturer menyuruh kami menukar pasangan dan saya memilih Aimi menjadi pasangan saya. Pada aktiviti ini, salah seorang daripada kami perlu menutup mata dan bercerita tentang diri sendiri dan seorang lagi perlu menunjukkan arah dengan berjalan dalam pelbagai halangan selama 1 minit. Saya memilih untuk menjadi tukang bercerita dan aimi menjadi tukang menunjuk jalan. Apabila masa bercerita bermula, sambil menutup mata,saya menceritakan tentang saya semasa darjah 3 dan tinggal di rumah baru yang dikelilingi sawah dan hutan kecil. Pada suatu malam ketika saya tidur, saya dapati di luar rumah sedang hujan yang sangat lebat sehingga menyebabkan rumah saya blackout. Tiba-tiba saya ternampak kelibat banyangan putih di tingkap bilik saya sedang berlari-lari. Dalam masa saya bercerita, saya mempercayai Aimi untuk menunjukkan arah kepada saya. Rakan-rakan yang lain telah membuat pelbagai halangan dan menyukarkan saya berjalan dan bercerita. Akhirnya saya berjaya lakukan dengan hanya sedikit sahaja yang dapat saya ceritakan kepada semua. (Trust with others_with blind fold)
Sekian.
Lecturer name: Encik Ezwan
Comments
Post a Comment