FFA231 B - Mechanics of Motion
First exercise in class.
The Journal_26/9/2017_
Saya berada di dalam kumpulan yang mempunyai 3 orang ahli iaitu Aileen, Fazlin dan saya sendiri.
Pada ketika ini, sebelum tibanya giliran kami, kami telah berbincang tentang lakonan yang akan kami lakukan. Begini, lakonan kami mengisahkan tentang seorang anak perempuan yang kesedihan yang berada di sebuah tanam, dan seorang kakak tiri kepada adik tirinya yang tidak menyukai akan adik tirinya, manakala seorang pari-pari yang baik hati untuk membantu sang adik.
Fazlin menjadi kakak tiri yang kejam, Aileen menjadi adik tiri yang kasihan dan saya menjadi pari-pari yang ingin membantu Aileen. Hendak dijadikan cerita, Aileen duduk di tanam sambil menangis mengenangkan nasibnya yang malang dan selalu dibuli oleh kakak tirinya dengan memetik bunga dan buang ke tanah. Fazlin tiba-tiba datang dengan membawa kipas lagendanya sambil menunjukkan mukanya yang berang. Tanpa membuang masa Fazlin menolak kepala Aileen dan memukul kepalanya dengan kipas ajaibnya itu. Saya iaitu pari-pari datang menyelamatkan Aileen dengan memukul Fazlin dengan kayu sakti dan menenangkan Aileen, tetapi....Fazlin dengan tidak di sangka-sangka telah memukul saya dengan Aileen sekali! Adoi...Sakit la faz oii! Hahaha!
Sekian!
Lecturer name: Encik Ezwan
Comments
Post a Comment